Perancangan Harta
Dokumen Wasiat
Apa Itu Wasiat?
Wasiat ialah instrument untuk menyampaikan manfaat harta kepada orang lain yang berkuat kuasa selepas kematian pemberi wasiat. Ia juga termasuk wasiat pentadbiran yang dipanggi wisoyah. Wasiat diiktiraf berdasarkan dalil syarak, antaranya firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 180 yang menyatakan kewajipan membuat wasiat secara makruf apabila seseorang meninggalkan harta. Rasulullah SAW bersabda:
مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُرِيدُ أَنْ يُوصِيَ فِيهِ يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ
“Tidaklah seorang Muslim berhak tidur selama dua malam melainkan wasiatnya sudah ditulis di sisinya, jika dia mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wasiat terhad kepada 1/3 daripada harta terpakai kepada bukan waris. Penerimanya mestilah individu atau institusi yang diiktiraf syarak, dan wasiat kepada waris memerlukan persetujuan waris lain. Antara syarat wasiat ialah pemberi mestilah berakal, baligh, dan bebas, serta harta yang diwasiatkan jelas dan milik sah. Hikmah wasiat termasuk memenuhi hak pihak tertentu seperti anak angkat atau badan kebajikan, memastikan keadilan, dan mengelakkan pertelingkahan dalam keluarga. Wasiat adalah satu instrumen penting dalam perancangan harta yang selari dengan syariat dan undang-undang.
8 Keistimewaan Wasiat Bersama Kami
Panduan Khusus & Peribadi
Setiap wasiat disesuaikan mengikut keperluan anda, termasuk untuk situasi rumit seperti perniagaan atau anak-anak di bawah umur.
Mematuhi Syariah
Wasiat yang disediakan 100% mematuhi prinsip Syariah, memastikan setiap harta diagihkan dengan adil dan harmoni.
Dokumen Lengkap & Sah
Kami menyediakan dokumen yang lengkap dan sah di sisi undang-undang, memudahkan proses tuntutan harta pusaka di kemudian hari.
Sokongan Berterusan
Kami menyediakan khidmat sokongan selepas wasiat disediakan, termasuk kemas kini dokumen jika diperlukan. Perkhidmatan disediakan oleh syarikat amanah yg terikat dgn Akta Syarikat Amanah 1949.
Meningkatkan Ketelusan
Wasiat yang jelas mengelakkan konflik keluarga, memastikan semua pihak memahami hak mereka.
Proses Cepat & Mudah
Kami menggunakan pendekatan profesional untuk menyediakan wasiat dengan cepat tanpa mengabaikan kualiti.
Khidmat Nasihat Percuma
Anda akan mendapat khidmat nasihat daripada perunding berpengalaman untuk memahami proses dan keperluan wasiat.
Harga Berpatutan
Kami menawarkan pakej harga yang mampu milik, sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Khidmat Profesional Wasiat
Wasiat 1/3
Pemberian Sehingga 1/3 Kepada Bukan Waris-
Harta Alih Sahaja
-
Amal Jariah
-
Menjamin Kebajikan Bukan Waris Sebagai Contoh Anak Angkat
Pelantikan Wasi
Melantik Pentadbir Harta Pusaka-
Melantik Individu Atau Syarikat Amanah
-
Wajib Bagi Pemilik Harta Bernilai RM 5 Juta Ke Atas
-
Penjaga Harta Bagi Anak Bawah Umur
Konsultansi & Proses Penyediaan Dokumen Wasiat Secara Maya
Dokumentasi wasiat boleh dilaksanakan dengan pewasiat melantikan sesiapa sahaja yang mereka percaya untuk menguruskan hartanya selepas kematian sebagai wasi. Pewasiat juga boleh memberi kepada bukan waris tidak lebih 1/3 harta, pesanan terakhir dll tanpa perlu memaklumkan kepada penerima wasiat semasa hidup. Senarai harta dan hutang boleh dimasukkan ke dalam wasiat bagi memudahkan wasi melaksanakan wasiat tersebut.
Dokumentasi boleh dibuat secara maya dan dokumen fizikal akan dikirimkan kepada pewasiat untuk tindakan seterusnya. Kini dokumentasi lebih mudah bagi semua pihak. Jom pilih Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai tempat tuan puan merancang harta dengan wasiat kepada bukan waris untuk tujuan kebajikan dan sebagainya. - (Boleh diubah mengikut kesesuaian)Eko Salina Kasman
Siapa Yang Boleh Bantu Anda?
Kenali Eko Salina Kasman
Nama saya Eko Salina binti Kasman. Saya merupakan Perunding Pewarisan Harta Islam bersama Wasiyyah Shoppe Berhad, membantu individu dan keluarga merancang pewarisan mereka sejak tahun 2018. Dengan pengalaman lebih 6 tahun, saya komited memberikan solusi terbaik yang bukan sahaja mematuhi syariat tetapi juga memenuhi keperluan unik setiap keluarga.
Selain itu, saya juga aktif membimbing dan mendidik masyarakat melalui sesi perundingan, seminar, dan bengkel, memastikan mereka lebih memahami kepentingan perancangan harta pusaka untuk keharmonian keluarga dan masa depan yang lebih terjamin.