Perancangan Harta
Dokumentasi Wasiat
Penyediaan dan Perlaksanaan Dokumen Wasiat
Wasiyyah Shoppe Berhad adalah satu satu syarikat amanah terkenal di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan yang melibatkan penyediaan dokumen wasiat yang lengkap dan profesional. Sejak penubuhannya, Wasiyyah Shoppe Berhad telah membantu ribuan pelanggan dalam merancang harta pusaka mereka melalui wasiat yang sah dan mematuhi hukum syariah.
Wasiyyah Shoppe Berhad adalah pakar dalam menyediakan wasiat bagi pelbagai jenis harta, termasuk akaun bank, kenderaan, barang kemas, dan pelbagai aset lain kepada bukan waris yang tidak lebih 1/3 harta bersih. Jika wasiat kepada waris, ada klausa menjelaskan pembahagian akan kembali kepada pengiraan faraid sekiranya ada waris yang tidak bersetuju.
Dengan adanya wasiat yang sah, harta pusaka akan diagihkan mengikut kehendak pewasiat seperti yang dinyatakan dalam dokumen wasiat tersebut, sekaligus memastikan bahawa hak penerima wasiat dilindungi dan pembahagian harta pusaka berlaku dengan lancar mengikut hukum syariah dan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
8 Keistimewaan Wasiat Di Wasiyyah Shoppe Berhad
Format Diluluskan Oleh Panel Syariah
Format diluluskan oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad yang berpengalaman puluhan tahun sebagai pakar fiqh mawarith, hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan pegawai Pejabat Pusaka kecil.
Dokumentasi Wasiat
Dokumentasi wasiat Wasiyyah Shoppe Berhad akan disediakan dengan dokumen berasingan antara pelantikan wasi, wasiat 1/3, klausa pesanan terakhir, senarai harta dan juga hutang serta klausa pembahagian harta. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan selepas kematian.
Pengesahan Wasiat
Pengesahan wasiat Wasiyyah Shoppe Berhad akan dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah sekiranya ada pertikaian. Setelah itu pengesahan akan dibawa ke dalam pengurusan pusaka untuk diberikan kepada penerima wasiat. Pengesahan ini dikenakan caj berasingan dengan dokumentasi wasiat.
Konsultansi Lengkap
Penerangan tentang wasiat yang menyeluruh sama ada kesahihan wasiat dari segi syariat dan juga pelaksaan dari segi undang-undang. Ramai yang menyangka wasiat boleh menyelesaikan semua masalah pewarisan, hakikatnya wasiat ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
Wasiat Boleh Dibatalkan
Wasiat boleh dibatalkan semasa hidup pewasiat bila-bila masa sahaja dengan lisan atau berbuatan dengan menjual, menghibahkan dll kepada orang lain.
Pelantikan Wisoyah
Dokumen pelantikan wasi Wasiyyah Shoppe Berhad boleh memberikan kuasa penuh kepada wasi untuk menguruskan pusaka arwah dengan Perintah Geran Probet setelah kematian. Hal ini memudahkan pembahagian pusaka lebih-lebih melibatkan anak bawah umur, waris OKU dll.
Peluang Kebajikan Setelah Kematian
Pemilik harta berpeluang untuk membuat kebajikan dengan hartanya dengan memberikan kepada sesiapa sahaja bukan waris tidak lebih 1/3 harta.
Harta Tidak Perlu Dipindah Milik
Harta tidak perlu dipindah milik kepada penerima wasiat semasa hidup kerana wasiat berkuat kuasa selepas mati. Kaedah yang digunakan adalah turun milik kepada penerima wasiat.
Kini Dokumentasi Boleh Dibuat Secara Maya
Dokumentasi wasiat boleh dilaksanakan dengan pewasiat melantikan sesiapa sahaja yang mereka percaya untuk menguruskan hartanya selepas kematian sebagai wasi. Pewasiat juga boleh memberi kepada bukan waris tidak lebih 1/3 harta, pesanan terakhir dll tanpa perlu memaklumkan kepada penerima wasiat semasa hidup. Senarai harta dan hutang boleh dimasukkan ke dalam wasiat bagi memudahkan wasi melaksanakan wasiat tersebut.
Dokumentasi boleh dibuat secara maya dan dokumen fizikal akan dikirimkan kepada pewasiat untuk tindakan seterusnya. Kini dokumentasi lebih mudah bagi semua pihak. Jom pilih Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai tempat tuan puan merancang harta dengan wasiat kepada bukan waris untuk tujuan kebajikan dan sebagainya.Abu Nuha Nuwairah
Siapa Yang Boleh Bantu Anda?
Kenali Abu Nuha Nuwairah
Nama sebenar ialah Muhammad Nur Hafidz bin Abd Nasir. Kelahiran Terengganu tetapi asal Kelantan. Sejarah pengajian:
- Pasti (1999-2000).
- Sekolah Kebangsaan Hamzah (1) (2001-2002).
- Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat (2003).
- Sekolah Kebangssan Seri Ketereh (2004-2006).
- Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Pulai Chondong (2007-2012).
- Universiti Kuwait (2013).
- Kolej Yayasan Islam Kelantan (2014).
- Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh (2015-2022) .
- Kolej Universiti Islam Perlis (2023)
- Universiti Sains Malaysia (2024).
Kini Abu Nuha bertugas sepenuh masa sebagai Tenaga Pengajar di Pondok Sungai Durian dan juga Staf Yayasan Pondok Sungai Durian. Abu Nuha juga sedang menyiapkan tesis master di Universiti Sains Malaysia dalam bidang mualamat berkaitan dengan dengan hibah. Di samping itu, Abu Nuha merupakan Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad (No ID: 62903) yang membantu masyarakat dan memberi solusi berkaitan pewarisan sejak tahun 2022.