Khairat Pusaka

Al-Wasitah

Pengurusan Pusaka Secara Percuma

Khairat Pusaka Al-Wasitah ialah satu inisiatif tabung tabarru’ daripada Wasiyyah Shoppe Berhad yang menawarkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka secara percuma kepada waris-waris. Ini bertujuan untuk memastikan waris-waris yang ditinggalkan tidak terbeban dengan kos pengurusan pusaka yang tinggi dan dapat menunaikan amanah pengagihan harta dengan tenang dan teratur.

Dengan pengalaman luas dalam pengurusan pusaka, Wasiyyah Shoppe Berhad telah membantu 500 lebih kes pusaka sejak penubuhan 2004 sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Khairat Pusaka Al-Wasitah memberi tumpuan kepada pengurusan pusaka yang sering ambil ringan oleh masyarakat sehingga banyak berlakunya “harta beku” di Malaysia. 

Sehingga kini, tabung tabarru’ Khairat Pusaka Al-Wasitah menawarkan solusi yang tepat kepada masyarakat di luar sana bagi memastikan harta dapat diurus dengan baik dan diwarisi oleh waris-waris. Perancangan yang diambil semasa hidup memberikan kepada pemilik harta ketenangan jiwa tanpa perlu memikirkan siapa yang bakal mengurus harta selepas kematian.

Golongan-Golongan Yang Memerlukan Khairat Pusaka

Individu Yang Mempunyai Waris Bermasalah

Individu yang mempunyai waris yang bermasalah seperti yang terlibat dalam konflik keluarga atau tidak saling berkomunikasi mungkin menghadapi risiko harta pusaka terbiar atau beku. Konflik ini biasanya berlaku apabila waris tidak sepakat atau enggan mengikuti aturan yang telah ditetapkan dalam undang-undang pusaka Islam. Khairat pusaka dapat membantu golongan ini dengan menguruskan pusaka sebagai pihak ketiga bagi mengelakkan masalah timbul yang mungkin menyebabkan harta terbeku.

Terdapat juga golongan yang mempunyai waris tetapi waris tersebut tidak mahir atau tidak berpengalaman dalam menguruskan harta pusaka. Proses pengurusan pusaka memerlukan pengetahuan tentang undang-undang serta prosedur yang berkaitan. Dengan bantuan khairat pusaka, golongan ini boleh mendapatkan khidmat pengurusan pusaka yang percuma, sekaligus memastikan harta mereka diuruskan dengan cara yang teratur dan mematuhi hukum syarak.

Individu yang mempunyai waris yang tidak berkemampuan dari segi kewangan juga termasuk dalam golongan kritikal yang memerlukan khairat pusaka. Waris-waris yang berada dalam keadaan kewangan yang terhad mungkin menghadapi kesulitan untuk menanggung kos pengurusan pusaka, termasuklah bayaran guaman. Ini boleh menyebabkan proses pembahagian pusaka tertangguh dan harta tersebut menjadi beku. Melalui khairat pusaka, pengurusan harta dapat disediakan secara percuma, membantu waris yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan hak mereka tanpa perlu menanggung beban kewangan yang besar.

Mereka yang menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang sudah berusia atau sakit kritikal seringkali berada dalam keadaan tertekan dan sibuk dengan keperluan penjagaan harian. Mereka mungkin tidak mempunyai masa atau tenaga untuk menguruskan pusaka dengan teliti. Khairat pusaka dapat membantu golongan ini dengan mengambil alih proses pengurusan pusaka, memastikan harta mereka diuruskan tanpa mengganggu tanggungjawab penjagaan ahli keluarga yang memerlukan.

Ramai individu yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai prosedur pengurusan pusaka, hukum faraid, atau undang-undang yang berkaitan. Kekurangan ilmu ini boleh menyebabkan mereka melakukan kesilapan dalam pengurusan atau terdedah kepada risiko penipuan. Dengan adanya khairat pusaka, individu-individu ini boleh mendapat bantuan dan panduan yang tepat serta profesional, memastikan harta mereka diuruskan dengan mengikut hukum syarak dan undang-undang yang sah.

Individu yang Tidak Mempunyai Waris

Bagi individu yang tidak mempunyai waris atau ahli keluarga yang sah sebagai penerima pusaka, khairat pusaka dapat berfungsi sebagai perantara dalam menguruskan harta mereka selepas meninggal dunia. Dalam kes sebegini, sekiranya tiada perancangan harta yang dilakukan, aset tersebut mungkin menjadi milik kerajaan atau Baitulmal. Khairat pusaka boleh membantu golongan ini dengan menyalurkan harta mereka kepada pihak yang berhak atau kepada kebajikan.

Individu yang mempunyai anak kecil atau di bawah umur sering kali berhadapan dengan cabaran dalam memastikan harta mereka diuruskan dengan baik selepas mereka tiada. Dalam Islam, harta anak di bawah umur biasanya dikendalikan oleh penjaga atau wakil yang sah. Dengan adanya khairat pusaka, pengurusan harta ini boleh dipastikan dilakukan dengan betul dan penjaga harta menyerahkan kepada anak-anak ini apabila mencapai usia matang.

Individu yang mempunyai waris yang tinggal jauh, sama ada di luar negara atau di negeri yang berlainan, juga sering mengalami kesulitan dalam pengurusan pusaka. Waris-waris yang berada di luar kawasan ini mungkin tidak dapat pulang atau hadir untuk menguruskan pusaka dengan segera kerana kekangan masa, kos perjalanan, atau komitmen lain. Khairat pusaka dapat membantu memastikan segala urusan pentadbiran pusaka berjalan lancar tanpa perlu menunggu waris pulang atau hadir secara fizikal, seterusnya mempercepatkan proses pembahagian harta dengan cara yang efektif.

Bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya atau tanggungjawab keluarga, masa menjadi satu kekangan yang besar. Proses pengurusan pusaka memerlukan kehadiran di mahkamah, penyediaan dokumentasi, dan menghadiri mesyuarat dengan pentadbir atau peguam, yang memakan masa yang agak lama. Golongan ini akan mendapat manfaat besar daripada khairat pusaka yang boleh menguruskan semua prosedur tersebut atas nama mereka, mengurangkan keperluan mereka untuk menghadiri setiap urusan secara peribadi dan mengurangkan tekanan masa.

Individu yang berpoligami biasanya berhadapan dengan situasi yang lebih kompleks dalam pengurusan pusaka, kerana terdapat lebih ramai ahli keluarga dan waris yang terlibat. Konflik dan salah faham sering berlaku apabila tiada perancangan pusaka yang jelas, terutamanya dalam pembahagian aset di antara isteri-isteri dan anak-anak dari perkahwinan yang berlainan. Dengan adanya khairat pusaka, golongan ini boleh mendapatkan bantuan dalam menyusun pembahagian harta secara telus dan adil, mengikut hukum faraid dan syariah, untuk mengelakkan pertelingkahan antara ahli keluarga selepas ketiadaan mereka.

Khidmat Profesional Pengurusan Pusaka

Al-Wasitah Mutiara

Peserta Yang Berumur 18-45 Tahun
RM 65 Sebulan
  • Peruntukan Pusaka RM20,000
  • Nilai Harta Bawah RM 5 Juta
  • Diuruskan Di Pejabat Pusaka Kecil
  • Khairat Kematian RM 2,000
  • Percuma Dokumen Pelantikan Wasi
  • Percuma Dokumen Wasiat 1/3
  • Percuma Khutbah Pusaka

Al-Wasitah Mutiara

Peserta Yang Berumur 46-60 Tahun
RM 80 Sebulan
  • Peruntukan Pusaka RM 20,000
  • Nilai Harta Bawah RM 5 Juta
  • Diuruskan Di Pejabat Pusaka Kecil
  • Khairat Kematian RM 2,000
  • Percuma Dokumen Pelantikan Wasi
  • Percuma Dokumen Wasiat 1/3
  • Percuma Khutbah Pusaka

Al-Wasitah Berlian

Peserta Yang Berumur 18-45 Tahun
RM 175 Sebulan
  • Peruntukan Pusaka RM 60,000
  • Nilai Harta Bawah RM 10 Juta
  • Diuruskan Di Mahkamah Tinggi Sivil
  • Percuma Dokumen Pelantikan Wasi
  • Percuma Dokumen Wasiat 1/3
  • Percuma Khutbah Pusaka

Al-Wasitah Berlian

Peserta Yang Berumur 46-60 Tahun
RM 190 Sebulan
  • Peruntukan Pusaka RM 60,000
  • Nilai Harta Bawah RM 10 Juta
  • Diuruskan Di Mahkamah Tinggi Sivil
  • Percuma Dokumen Pelantikan Wasi
  • Percuma Dokumen Wasiat 1/3
  • Percuma Khutbah Pusaka

Dalam kehidupan, kita bukan sahaja bertanggungjawab menjaga amanah harta, tetapi juga memastikan waris tidak terbeban selepas ketiadaan kita. Khairat pusaka berperanan penting dalam melindungi dan memudahkan waris menyelesaikan proses pusaka. Ia adalah dana yang disediakan untuk meringankan beban kewangan waris, seperti kos pengurusan dan penyelesaian hutang, sekaligus mempercepatkan urusan harta.

Siapa Yang Boleh Bantu Anda?

Kenali Abu Nuha Nuwairah

Nama sebenar ialah Muhammad Nur Hafidz bin Abd Nasir. Kelahiran Terengganu tetapi asal Kelantan. Sejarah pengajian:

  1. Pasti (1999-2000).
  2. Sekolah Kebangsaan Hamzah (1) (2001-2002).
  3. Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat (2003).
  4. Sekolah Kebangssan Seri Ketereh (2004-2006).
  5. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Pulai Chondong (2007-2012).
  6. Universiti Kuwait (2013).
  7. Kolej Yayasan Islam Kelantan (2014).
  8. Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh (2015-2022) .
  9. Kolej Universiti Islam Perlis (2023)
  10. Universiti Sains Malaysia (2024).

Kini Abu Nuha bertugas sepenuh masa sebagai Tenaga Pengajar di Pondok Sungai Durian dan juga Staf Yayasan Pondok Sungai Durian. Abu Nuha juga sedang menyiapkan tesis master di Universiti Sains Malaysia dalam bidang mualamat berkaitan dengan dengan hibah. Di samping itu, Abu Nuha merupakan Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad (No ID: 62903) yang membantu masyarakat dan memberi solusi berkaitan pewarisan sejak tahun 2022. 

Scroll to Top
Perlukan Solusi?